Bernama Radio

Stesen Berita Bisnes Anda

  • Live

  • Album cover

Bermula 1 Oktober 2019, Bernama Radio dikenali sebagai Stesen Berita Bisnes Anda yang memberikan tumpuan kepada industri Kecil dan Sederhana, dalam Bahasa Malaysia. Namun aspek berita turut diberikan perhatian dengan pelbagai segmen serta laporan langsung daripada Biro, Koresponden dan Wartawan Bernama di dalam dan luar negara. Sebanyak 42 program baharu diperkenalkan untuk mengisi kandungan dari Isnin hingga Jumaat selain temu bual eksklusif bersama Menteri, Kementerian dan Agensi yang akan disiarkan pada hujung minggu. Perubahan kandungan ini juga mensasarkan 1.2 juta pendengar Bernama Radio menjelang Disember 2020.