• Live

  • Album cover

Stesen radio khusus untuk Negeri Perak mula bertapak apabila Radio Malaya Stesen Ipoh ditubuhkan pada 1956 di satu tapak berhampiran Lapangan Terbang Ipoh. Pada tahun 1966, sebuah bangunan stesen radio yang lengkap hasil ilham arkitek Iversen Van Sitteran didirikan di atas kawasan seluas 14 ekar di Jalan Dairy, Ipoh. Kontraktor yang mengendalikan pembinaannya ialah Syarikat Teoh Tay & Son dari Sungai Siput, Perak. Radio Malaya Stesen Ipoh telah memulakan operasinya daripada bangunan baru di Jalan Dairy, Ipoh dengan anggota seramai 50 orang. Selain ruang pejabat, bangunan ini memuatkan 5 studio radio, auditorium dengan kapasiti 500 penonton dan bengkel kejuruteraan. Hari ini, RTM Perak bersiaran dari pusat siaran digital yang serba canggih dan terkini bertempat di Kompleks Bersepadu KPKK (bersebelahan bangunan lama RTM Perak) bermula 16 September 2012.